Pengumuman: Permohonan Program Transisi Tahfiz ke UniSIRAJ kini dibuka! 04-9799455 | Hubungi Kami
Milik Penuh: UniSIRAJ Logo

Asas Penubuhan Syarikat

KUIPs Holdings Sdn. Bhd. (KHSB) merupakan anak syarikat milik penuh KUIPs Sdn. Bhd., iaitu entiti di bawah Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ). Ditubuhkan pada tahun 2017 (pada asalnya dikenali sebagai KUIPs Services Sdn. Bhd.), syarikat ini dijenamakan semula pada tahun 2020 dengan fokus strategik kepada pengurusan projek pendidikan utama seperti Program Transisi Tahfiz (PTT) serta inisiatif pembangunan lain yang menyokong aktiviti komersial universiti.

Berbekalkan pengalaman dalam pengurusan Program Transisi Tahfiz (PTT) selama tempoh enam (6) tahun, syarikat ini telah membangunkan kepakaran dalam pelaksanaan program pendidikan berteraskan tahfiz melalui kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (Sektor Pendidikan Islam - SPI) sejak tahun 2021. Sejak Februari 2025, di bawah pengurusan baharu, syarikat menekankan pengukuhan kedudukan strategik serta pelaksanaan inisiatif baharu selaras dengan matlamat menjadi pemacu ekonomi universiti yang berdaya saing dan mampan.

Visi Syarikat

"Menjadi entiti perniagaan strategik universiti yang unggul dalam penyediaan solusi pendidikan, latihan, dan pengurusan aset yang berdaya saing dan berteraskan nilai Islam."

Misi Syarikat

01. Pendidikan & Latihan: Membina dan mengembangkan program pendidikan serta latihan profesional yang menyokong agenda pembangunan insan, khususnya dalam bidang tahfiz dan akademik.
02. Kerjasama Strategik: Menjalin kerjasama erat dengan institusi agama, agensi kerajaan, dan syarikat berkaitan kerajaan bagi melaksanakan program berimpak tinggi.
03. Pengurusan Aset: Menjalankan pengurusan aset dan pengurusan acara universiti secara profesional, berdaya saing dan lestari.
04. Pendekatan Syariah: Menyokong misi universiti dalam melahirkan insan seimbang melalui pendekatan berasaskan syariah, integriti dan inovasi.

5 Teras Utama Syarikat

Prinsip Penggerak Kecemerlangan Operasi KHSB

01. Urus Tadbir

Memperkasa struktur pengurusan yang telus, cekap dan berintegriti.

02. Kewangan

Mengukuhkan kedudukan kewangan melalui pengurusan sumber yang berhemah dan mampan.

03. Perniagaan

Memperluas aktiviti perniagaan serta meneroka peluang baharu yang berdaya saing.

04. Keterlihatan

Meningkatkan visibiliti dan penjenamaan organisasi.

05. Prasarana

Memperkasa kemudahan dan infrastruktur bagi menyokong kelancaran operasi.

Perjalanan Strategi Syarikat

Pelan Pembangunan 2025 - 2030

2025

Program Latihan, Pendidikan & Pengurusan Acara

Fokus utama kepada Program Transisi Tahfiz, Team Building, Train the Trainer, serta Latihan Asnaf Generasi Ke-2.

2026

Perkembangan Latihan & Mutu Program

Menambah kekerapan dan meningkatkan kualiti serta mutu program sedia ada secara menyeluruh.

2027 - 2030

Fasiliti, Peruncitan & Pelaburan

Peluasan kepakaran syarikat ke bidang Pengurusan Fasiliti, Peruncitan, Pembinaan, dan Pelaburan Komersial.

Pendaftaran Syarikat

Nama: KUIPs Holdings Sdn. Bhd.

No. Syarikat: 201701012254 (1226419-M)

Tarikh Penubuhan: 11 April 2017

Modal Berbayar: RM 200,000.00

Pemilikan & Tadbir Urus

Pemilik Utama: KUIPs Sdn. Bhd. (UniSIRAJ)

Pemegang Saham: Koperasi KUIPs & KUIPs Sdn. Bhd

Setiausaha Syarikat: Md. Johari bin Abdul Jalil

Audit & Perundangan

Juruaudit Syarikat: Khairuddin Hasyudeen & Razi

Peguam Syarikat: Pejabat Perundangan UniSIRAJ

Alamat & Hubungan

No. 36, Tingkat Atas, Medan Niaga, Taman Sri Firdaus, 01000 Kangar, Perlis.

Tel: 04-9799455

Emel: kuips.holdings.official@gmail.com

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (10:00 pg - 6:00 ptg)